Malay: Keluarga tetap Keluarga, Cinta tetap Cinta.

Malay Leaflet: Family is Still Family

Keluarga tetap Keluarga, Cinta tetap Cinta.

Ramai daripada golongan ibubapa dan keluarga yang mempunyai anak atau anggota keluarga yang dikenal pasti sebagai lesbian, gay, biseksual atau transgender. Apabila seseorang yang disayangi membuat pengakuan tentang kecenderungan jantina dan seksualiti mereka, sudah tentu ramai anggota keluarga  mempunyai persoalan yang bermain di fikiran.

Sebagai satu titik permulaan untuk menjawab persoalan ini, berikut adalah beberapa fakta penting yang perlu diketahui:

 > Manusia tidak boleh memilih siapa atau bagaimana mereka menyayangi seseorang.

Dikenalpasti sebagai seorang LGBT bukanlah satu pilihan atau kebetulan Tidak juga berpunca daripada lawatan ke Amerika, tinggal di kawasan bandar atau mempunyai rakan-rakan LGBT. Fakta menunjukkan  bahawa seramai 325,000 individu atau 2.8 % daripada populasi Asia Pasifik di Amerika Syarikat dikenalpasti sebagai individu LGBT,  ini dibuktikan oleh satu kajian yang dijalankan di Fakulti Undang-undang UCLA, Williams Institute. Walaupun tiada individu yang mengetahui bagaimana orientasi seksual dan identiti jantina seseorang itu ditentukan, kebanyakan individu LGBT menyedari akan kelainan  seksualiti mereka pada usia muda.

> Ibubapa dan anak LBGT mereka tidak bersalah.

Rasa bersalah dan malu adalah dua perasaan yang biasa dialami oleh ibubapa yang mempunyai anak LGBT di peringkat awal  apabila mereka mengetahui seksualiti sebenar anak-anak .  Namun perlu diketahui, ibubapa bukanlah penyebab seseorang itu menjadi LGBT.  . Faktor persekitaran juga tidak wujud apabila dikaitkan dengan LGBT. Bahkan, menjadi seseorang individu yang dikenalpasti sebagai LGBT adalah semata-mata menjadi diri mereka sendiri. Kajian menunjukkan bahawa penerimaan keluarga adalah penting dalam menggalakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan individu LGBT.  Kasih sayang dan sokongan keluarga juga dapat mengurangkan risiko dan tingkah laku yang membahayakan diri sendiri seperti gangguan kesihatan, penyalahgunaan dadah dan bunuh diri.

> Kebahagiaan dan kejayaan hidup individu LGBT .

Ramai individu LGBT yang mampu menjalani kehidupan yang sejahtera dan mempunyai kesihatan yang terjamin. Jika dilihat,  Amerika Syarikat dan negara-negara lain sudahpun menuju ke arah kemajuan yang pesat. Justeru, banyak negara yang sudah pun mengiktiraf perkahwinan sesama jantina. Williams Institute, melalui satu kajian, telah menemui bahawa seramai 26% daripada 33,000  populasi Asia Pasifik di Amerika Syarikat  dalam perkahwinan sejenis yang sedang menjagadan menyara anak-anak mereka sendiri. Tambahan pula, individu LGBT ialah individu yang menikmati kejayaan dalam kerjaya mereka. Banyak perniagaan, syarikat, agensi dan organisasiyang tidak berasaskan keuntungan menyokong pekerja-pekerja LGBT mereka.

> Lebih banyak tradisi kepercayaan yang semakin progresif dan terbuka dalam menerima golongan LGBT.

Semakin banyak agama dan kepercayaan yang menerima golongan LGBT. Petikan-petikan daripada  beberapa kitab suci ditulis untuk menerangkan tentang pemikiran dan budaya yang memfokuskan pada sesuatu keadaan dan masa. Jika dilihat pada hari ini, semakin banyak agama yang mengiktiraf bahawa untuk menerima golongan LGBT ialah untuk menekankan nilai-nilai keagamaan dan moral yang tinggi seperti belas kasihan, kasih sayang, Tuhan yang Maha Pengasih dan kepercayaan bahawa ‘buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat’.

> Menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk setiap insan.

Banyak negara dan undang-undang yang digubal meliputi hak-hak dan perlindungan golongan LGBT. Akan tetapi, kadar kemungkinan untuk berlakunya diskriminasi masih wujud ke atas golongan ini. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membentuk dunia penuh keadilan, keselamatan yang terjamin dan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kelainan bangsa, etnik, agama, asal-usul, status imigresen, orientasi seksual dan identiti jantina.

> Didik diri anda dan orang-orang di sekeliling anda.

Sokongan dan sumber berkaitan boleh didapati di mana sahaja. Organisasi seperti PFLAG  (untuk ibubapa, keluarga dan rakan-rakan yang menyokong kenalan LGBT mereka yang disayangi), National Queer Asian Pasific Islander Alliance (NQAPIA) and the Asian Pride Project adalah sumber-sumber untuk anda dan keluarga. Hubungi mereka di www.pflag.org, www.nqapia.org, www.asianprideproject.org.

Anda tidak bersendirian!

Translated by Muslims for Progressive Values (www.mpvusa.org)

Download the Family is Still Family – Malay PDF

Watch the PSA video in English.